MUHAMMAD AFIQ HAZIQ BIN IBRAHIM (D20201094125) Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang dan sempurna. Islam tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Meskipun di dalam al-Quran tiada dinyatakan istilah falsafah tetapi ada disebut tentang hikmah. Dari aspek cabang falsafah Islam, penekanan kepada kepercayaan mengawal pemikiran dan tindakan. i. Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap keesaan Allah s.w.t. sebagai pencipta.Banyak tanda-tanda kebenaran yang dibuktikan menerusi diri manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda kehebatan dan kebesaranNya. ii. Epistemologi: Ilmu yang benar bersumberkan al-Quran, as-Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain berasaskan kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia bertambah sempurna, baik dan juga maju. iii. Aksiologi: Nilai kecantikkan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri manusia untuk menta...