PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
FATIN NORDALILA BINTI AZANEE (D20201094123)
Falsafah adalah
bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling
berkaitan. Setiap cabang falsafah untuk menyelesaikan persoalan yang
berbeza. Cabang falsafah tersebut ialah metafizik, epistemology, aksiologi dan logik
Metafizik: Cabang
yang membincangkan perkara khusus yang berkaitan dengan persoalan realiti,kesejagatan
dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini
memerlukan ketajaman fikiran manusia
untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik
fizik yang ada. Cakupan ilmu yang terdapat dalam cabang metafizik meluputi hakikat
kesejagatan(cosmology), hakikat ketuhanan (theology) dan hakikat manusia dan
alam(ontology). Epistemologi: Cabang ini menghuraikan tetang manusia
sebagai mahkluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk
mentadbir kehidupannya di bumi ini. Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut
yang mencakupi agama, sains atau falsafah. Aksiologi: cabang yang
membincangkan secara khusus mengenai persoalan nilai yang terdiri dari etika
estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Etika ialah
tatalaku manusia dalam kehidupannya. Ada perlakuan yang dikatakan baik dan ada
juga perlakuan yang dikatakan tidak baik. Ada etika yang didokumenkan yang
membentuk peraturan dan undang-undang seperti etika berpakaian dan etika
kerja. Terdapat juga etika yang tidak didokumenkan yang berupa pantang larang
atau taboo ke atas ahli sesuatu masyarakat. Contohnya, makan menggunakan tangan
kiri. Tetapi ia terhad kepada sesuatu masyarakat
dan bukannya keseluruhan masyarakat sejagat. Estetika pula
meletakkan nilai keindahan atau
kecantikan terhadap sesuatu yang ditanggap
oleh panca indera manusia. Contoh, mata melihat panorama yang indah dan
cantik. Begitu juga apabila telinga mendengar alunan lagu dan irama yang merdu. Dalam
Kehidupan manusia, etika dan estetika bergabug untuk membentuk keharmonian.
Logik |
Cabang
yang secara khusus membincangkan tentang persoalan untuk membuat keputusan
atau rumusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan.Perbincangan
tentang logik membabitkan dua jenis logik iaitu logik induktif dan logik
deduktif. |
Logik
induktif: |
Suatu
keputusan atau rumusan yang diangkat dari pernyataan yang bermula daripada
sesuatu yang bersifat khusus dan berakhir dengan yang umum.Contoh: Tikus
lebih kecil dari kucing (pernyataan
umum). |
Logik
deduktif: |
Suatu
keputusan atau rumusan yang diangkat daripada pernyataan yang bermula dari
sesuatu yang bersifat umum dan berakhir dengan yang khusus.Contohnya;semua
kehidupan akan mati ( penyataan umum).Kucing adalah benda hidup.Maka kucing
akan mati (penyataan khusus) |
Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),cabang falsafah Metafizik: penekanan terhadap aspek reality, ketuhanan dan kesejagatan kearah globalisasi, kemajuan dan kerohanian. Epistemologi: merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan dan keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan manusia. Ini menunjukkan bahawa FPK menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan warganegara Malaysia. Aksiologi: menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam diri individu yang membolehkan pembangunan individu kearah yang lebih maju dan baik. Justeru, apabila sistem Pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu, nescaya dapat melahirkan individu yamg mempunyai akhlak yang baik dan jati diri tinggi. Nilai estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang seimbang dari segi segala aspek. Logik: FPK ini dikatakan bersifat rasional kerana matlamat FPK ini mampu dirialisasikan selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Cabang fasafah ini juga berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah (metafizik, epistemology dan aksiologi) kerana berlandaskan kepada bidang logikal.
1.Zaini Abdullah,2019,PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA :Falsafah dan Dasar ,Penerbitan
Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim,Perak
Comments
Post a Comment