FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

    MUHAMMAD AFIQ HAZIQ BIN IBRAHIM (D20201094125)



     Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang dan sempurna. Islam tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Meskipun di dalam al-Quran tiada dinyatakan istilah falsafah tetapi ada disebut tentang hikmah. Dari aspek cabang falsafah Islam, penekanan kepada kepercayaan mengawal pemikiran dan tindakan.

i.Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap keesaan Allah s.w.t. sebagai pencipta.Banyak tanda-tanda kebenaran yang dibuktikan menerusi diri manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda kehebatan dan kebesaranNya.

ii.Epistemologi: Ilmu yang benar bersumberkan al-Quran, as-Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain berasaskan kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia bertambah sempurna, baik dan juga maju.

iii.Aksiologi: Nilai kecantikkan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri manusia untuk mentadbir alam yang serba ini dengan sempurna.

iv.Logik: Berfikir secara bijaksana untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi menambahkan kecintaan terhadap kehidupan beragama dan mengenal Allah s.w.t.

    Tidak terdapat sebarang bentuk falsafah pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara islam. Contohnya Iran dan Afganistan yang membentuk ideologi yang ekstrim. Pada tahun 1977, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan hasil pendidikan. 

    Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi, dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak, dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. (Persidangan Negara Islam, 1977). 


RUJUKAN:

i. Zaini Abdullah, 2019, MODUL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:Falsafah dan Dasar. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

ii.Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum edisi kedua, Tanjong Malim, Perak.   http://chegunaz.blogspot.com/2012/05/asas-pembentukan-falsafah-pendidikan.html



Comments

Popular posts from this blog

PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA